Dua polis palsu yang memeras ugut mangsa warga asing sebaliknya ‘terjerat’ apabila mereka diberkas dua anggota polis sebenar.

Dalam kejadian jam 4.10 petang kelmarin, suspek mengambil kesempatan dan cuba menyamun dua lelaki warga Nepal di Hentian Bas Batu 4 Jalan Gombak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang menunggang motosikal dikatakan menghampiri mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap suspek, polis menemui set perhubungan walkie-talkie. Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 4:55 AM