ZAINUDDIN (kanan) menunjukkan pistol yang dirampas daripada suspek.
ZAINUDDIN (kanan) menunjukkan pistol yang dirampas daripada suspek.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Dua ahli kumpulan ‘gengster sayur’ yang dikesan aktif melakukan peras ugut dan pernah menembak mati beberapa mangsa diberkas polis malam kelmarin.

Suspek masing-masing berusia 36 dan 43 tahun dikesan menjalankan kegiatan sebagai penjual sayur selain gemar memeras ugut peniaga sekitar Pasar Borong Selayang.

Difahamkan kumpulan ini digeruni peniaga warga asing berikutan mereka memilik pistol seludup dan kerap mengugut mangsa.

Dua ahli kumpulan itu bagaimanapun diberkas polis hasil serbuan di rumah mereka di Pusat Bandar Puchong Selangor di sini, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, serbuan itu dilakukan susulan maklumat dan hasil soal siasat terhadap rakan suspek berusia 20 tahun yang ditahan polis Khamis lalu di Taman Sri Murni, Gombak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 7:55 AM