DARI kiri, Norazuraimi Ilias, Siti Nordiana Mohd Sufian Ong, Nur Sahira Zulkifli dan Ryianni Yanti Hussin bersama bayi mereka yang lahir pada Hari Malaysia di Hospital Kuala Lumpur.
DARI kiri, Norazuraimi Ilias, Siti Nordiana Mohd Sufian Ong, Nur Sahira Zulkifli dan Ryianni Yanti Hussin bersama bayi mereka yang lahir pada Hari Malaysia di Hospital Kuala Lumpur.
Oleh Fazurawati Che Lah

Kuala Lumpur: Seramai 92 bayi dilahirkan di beberapa hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang pada hari Malaysia semalam.

Mereka dilahirkan antara jam 12 tengah malam kelmarin hingga 6 petang semalam.

Hospital Sungai Buloh (HSB) merekodkan kelahiran paling ramai iaitu 37 bayi, diikuti Hospital Kuala Lumpur (22) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) seramai 18 bayi.

Hospital lain yang mencatatkan kelahiran bayi sempena tarikh penubuhan Malaysia itu adalah Hospital Serdang seramai 10 bayi diikuti Hospital Gleneagles Kuala Lumpur lima bayi.

Tiga puluh tujuh bayi yang dilahirkan di HSB pula terdiri 21 lelaki dan 17 perempuan dengan bayi pertama dilahirkan tepat jam 12.46 tengah malam.

Jurucakap PPUM berkata, enam bayi lelaki dan 12 bayi perempuan dilahirkan, dengan bayi pertama lahir jam seawal jam 12.04 pagi.

Di Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur, terdapat sepasang bayi kembar perempuan yang dilahirkan jam 10.13 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 6:36 AM