Tindakan seorang lelaki melompat ke atas bonet keretanya bagi menghalang kenderaan itu dilarikan membawa padah apabila dia ditetak dengan parang oleh seorang daripada dua suspek di kawasan semak berhampiran stesen minyak di Rantau Abang, Dungun, kelmarin.

Difahamkan, suspek kemudian melarikan Mini Cooper milik mangsa yang berusia 32 tahun dan tidak bekerja itu.

Akibat insiden jam 10 malam itu, mangsa cedera pada lengan kiri serta belakang badan dan dirawat di Hospital Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa sebelum itu didatangi dua lelaki di kawasan tempat letak kereta berhampiran Wisma Persekutuan, Jalan Pejabat, di sini, pada jam 8.30 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 6:11 AM