Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: PAS Kelantan mengesahkan lafaz taklik yang dibuat Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli terpakai selepas menyertai Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata, ini bermakna hubungan Dr Mohd Hatta dengan isterinya terbatal.

Katanya, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan turut memberi pandangan sama berhubung perkara itu.

“Dari segi hukumnya jatuh talak dan itu pandangan yang diberikan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan.

“Justeru, Dr Mohd Hatta dan pasangannya perlu merujuk perkara itu kepada mahkamah syariah kerana berdasarkan taklik yang dibuat, lafaz itu sudah terpakai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 9:43 AM