KEADAAN kereta   dinaiki dua pelajar UPNM yang maut dalam kemalangan, semalam.
KEADAAN kereta dinaiki dua pelajar UPNM yang maut dalam kemalangan, semalam.

Gua Musang: Dua pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut manakala dua lagi parah apabila kereta Perodua Myvi dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kilometer 10.5, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.55 pagi, Wan Ameerul Idris Wan Mohamed Rizal, 19, yang memandu kereta berkenaan dan berasal dari Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan penumpang hadapan, Muhamad Johan Ahdza Ismail, 19, dari Jalan Manal Jaya, Tanah Merah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi yang parah adalah penumpang belakang, Akhram Mohd Azmi, 20, berasal dari Kampung Timor, Jeli yang dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM), di sini, manakala Muhammad Kamarul Amri, 19, dirawat di Hospital Kuala Krai (HKK).

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Lumpur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 9:55 AM