ABDUL Azeez (kiri) menziarahi rumah keluarga arwah Hamidah di Taman Melor, Ampang, semalam.
ABDUL Azeez (kiri) menziarahi rumah keluarga arwah Hamidah di Taman Melor, Ampang, semalam.
Oleh Mohd Nasif Badruddin

Ampang: “Ketika ibu berangkat menunaikan haji pada 16 Ogos lalu, saya berasa berat hati sebab dia pergi seorang, tetapi mungkin sudah rezekinya pergi dan meninggal dunia di Tanah Suci,” kata Saiful Faizal Ahmad Suhaibi, 41.

Saiful anak kepada Hamidah Abd Ghani, 64, jemaah haji Malaysia kedua meninggal dunia di Madinah pada 26 Ogos lalu.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, ibunya mempunyai sakit lemah jantung dan kencing manis sebelum ini, namun arwah sihat dan tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan serta petanda pelik ketika hendak berangkat ke Tanah Suci.

“Sebelum ini, arwah pernah mengerjakan umrah dan tidak menghadapi masalah, namun mungkin ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini tiada orang yang memantau kesihatannya kerana dia berseorangan.

“Arwah dimasukkan ke Hospital Raja Fahd pada 22 Ogos dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.24 pagi waktu tempatan 26 Ogos lalu,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di rumahnya di Taman Melor di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 9:49 AM