Oleh D J Dolasoh

Lenggong: Seramai 603,985 daripada 2.32 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak membayar semula pinjaman PTPTN sehingga 31 Julai lalu dan kebanyakannya gagal dikesan berikutan bertukar alamat.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah pinjaman PTPTN tertunggak (NPL) melebihi RM4.8 bilion menyebabkan perbadanan itu terpaksa melaksanakan pelbagai langkah alternatif bagi memastikan dana berkenaan diperoleh semula.

Menurutnya, langkah itu wajar bagi membolehkan dana pinjaman PTPTN disalurkan semula kepada penuntut lain.

“Kami ada rekod sebahagian peminjam ini boleh dihubungi, namun ada antara mereka tidak dapat dihubungi selain bertukar alamat hingga menyukarkan kami mengesan mereka,” katanya pada majlis penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN di Dewan Merdeka Lenggong di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2015 @ 5:13 AM