Bukit Beruntung: Dua remaja perempuan parah selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain di persimpangan Jalan Telipot, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dalam perjalanan ke rumah terbuka rakan mereka di Jalan Seroja, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Penunggang motosikal, Hashimah Nor Hisyam, 17, berkata, dia bersama Ain Syakirah Abdul Rahman, 17, hendak keluar simpang dari arah Taman Telipot ke arah Jalan Seroja sebelum tiba-tiba sebuah lagi motosikal Yamaha LC ditunggang Abdul Hadi Basri, 18, dari arah Taman Kemboja merempuh mereka.

“Motosikal Yamaha LC itu ditunggang laju dan kami tidak sempat melepasi persimpangan terus dirempuh menyebabkan kami tercampak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, rempuhan kuat menyebabkan mereka berdua tercampak dan kaki kanannya patah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:04 AM