Oleh Nur Lela Zulkipli


Kuala Lumpur: Suami diingatkan mengamalkan konsep poligami sebenar berlandaskan syariat Islam dan bukan hanya menyediakan kemewahan kepada isteri semata-mata.

Sebaliknya, suami perlu berlaku adil dalam usaha menggembirakan hati isteri selain memenuhi tuntutan nafkah zahir dan batin yang ditetapkan dalam Islam.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Fadhlina Siddiq berkata, setiap isteri yang terbabit dalam poligami mempunyai hak untuk menerima nafkah bulanan, tempat tinggal, deklarasi harta sepencarian dan juga hak bermalam.

“Biarpun isteri reda dimadukan dan berkongsi kasih dengan wanita lain, tidak bermakna suami mengabaikan hak yang ditetapkan syarak dan undang-undang.

“Kami tidak mahu keikhlasan hati wanita itu dimanipulasikan bagi kepentingan suami seterusnya hak isteri diabaikan sehingga boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2015 @ 5:07 AM