KHAN menunjukkan piring satelit tempat mangsa berpaut.
KHAN menunjukkan piring satelit tempat mangsa berpaut.
Oleh Siraj Mohd Zaini dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Gombak: “Dia menjerit minta diselamatkan sambil berpaut pada piring satelit televisyen. Saya segera berlari menuju ke tingkat 15 pangsapuri namun tidak sempat menyelamatkan nyawanya,” luah kesal Khan Syed, 22, yang gagal menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang jatuh dari balkoni tingkat 15 Pangsapuri Sri Harmonis, Jalan Batu 6, Gombak di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 petang semalam, Khan yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri itu terdengar jeritan kuat mangsa meminta diselamatkan.

“Saya kemudian segera meninjau di luar pondok keselamatan sebelum terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki sedang berpaut pada piring satelit televisyen.

“Kaki mangsa ketika itu terjuntai ke bawah manakala tangannya masih berpaut pada piring satelit televisyen itu,” katanya, semalam.

Dia tanpa berlengah segera berlari menuju ke lif untuk menyelamatkan mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 8:27 AM