BUDAK tiga tahun terjatuh dari tingkat enam berjaya diselamatkan orang ramai di Chongqing. FOTO: Agensi
BUDAK tiga tahun terjatuh dari tingkat enam berjaya diselamatkan orang ramai di Chongqing. FOTO: Agensi
Agensi

BEIJING: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tergantung dari balkoni tingkat enam sebuah pangsapuri di Chongqing terselamat selepas terjatuh ke atas selimut yang dibentangkan beberapa penduduk.

Rakaman video kejadian kelmarin memaparkan kanak-kanak lelaki itu berpaut dan cuba memanjat masuk ke dalam balkoni, namun kakinya beberapa kali tergelincir.

Selepas seketika, kanak-kanak itu melepaskan tangannya dan terjatuh ke atas selimut putih besar yang dibentangkan penduduk di bawah bangunan berkenaan.

Stesen televisyen CCTV melaporkan, kanak-kanak terbabit tidak cedera.

Polis berkata ketika kejadian, kanak-kanak itu seorang diri di rumah dan neneknya ke kedai untuk membeli barang dapur.

Bagaimanapun, kurang jelas bagaimana kanak-kanak berkenaan boleh membuka selusur pintu kaca di balkoni.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 9:16 PM