Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dan mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pegawainya membocorkan maklumat kepada media.

Menurut kenyataan bank pusat berkenaan, dakwaan itu juga tidak berasas sama sekali.

“Pihak bank membuat laporan polis,” menurut kenyataan dimuat naik di laman web rasmi BNM, semalam.

Kelmarin, pengendali portal Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa tiga pegawai kanan BNM disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal (WSJ).

Raja Petra yang kini dalam pelarian memberitahu, perbuatan membocorkan maklumat sulit kepada WSJ lebih serius berbanding skandal membabitkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid pada tahun 1999.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 7:14 AM