anggota artileri melakukan kawalan sebaik keluar dari kereta perisai sebelum memulakan tembakan meriam.
anggota artileri melakukan kawalan sebaik keluar dari kereta perisai sebelum memulakan tembakan meriam.
anggota artileri menunjukkan kecekapan memasang dan menembak meriam yang disasarkan ke arah sasaran yang terletak hampir 300 meter.
anggota artileri menunjukkan kecekapan memasang dan menembak meriam yang disasarkan ke arah sasaran yang terletak hampir 300 meter.
Hishammuddin (tiga kanan) memberi tabik hormat selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan 2015.
Hishammuddin (tiga kanan) memberi tabik hormat selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan 2015.
kereta perisai Pendekar melepaskan tembakan ke arah sasaran pada jarak 500 meter.
kereta perisai Pendekar melepaskan tembakan ke arah sasaran pada jarak 500 meter.
Oleh Yusri Abdul Malek


Gemas: Umpama perang apabila kenderaan berperisai dari pasukan Mekanise dan Persenjataan Infantri milik Tentera Darat (TD) seperti GEMPITA, ADNAN, Peluru Berpandu Anti Kereta Kebal Bakhtar Shikan, Pelancar Grenade Automatik (AGL) 40mm, Mortar 60mm dan Mortar 81mm bertubi-tubi melepaskan tembakan ke arah sasaran yang ditetapkan sempena Latihan Kuasa Tembakan yang dilangsungkan di Lapangsasar Gemas, di sini.

Bunyi tembakan dan dentuman meriam serta mortar itu begitu membingitkan telinga hingga hadirin terpaksa menggunakan plug telinga untuk melindungi gegedang daripada tercedera atau pecah.

Namun, bagi anggota tentera daripada 30 Pasukan dari 3 Divisyen yang melakukan demonstrasi tembakan itu, mereka seolah-olah sudah lali dengan bingit dentuman berkenaan malah terus menjalankan tugas dengan dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan latihan itu.

Kesungguhan itu menunjukkan TD sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan jika keselamatan negara terancam sebagaimana dalam kejadian di Lahad Datu, Sabah yang diceroboh pengganas Sulu pada 2013.

Latihan yang dikoordinasikan oleh 3 Divisyen Artileri itu juga memperlihatkan keupayaan persenjataan aset TD dan TUDM dalam dua segmen iaitu Dinamik dan Tembakan Tidak Langsung.

Selain kenderaan berperisai, latihan itu turut menggunakan Armor iaitu SCORPION, RPZ CONDOR, SIBMAS, PT 91 (PENDEKAR) dan aset persenjataan Artileri seperti 105mm PH L5, 155mm G5 MK II dan ASTROS II.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 7:52 AM