DR Zambry  mempersembahkan ucapan tahniah dan taat setia mewakili kerajaan negeri dan rakyat jelata.
DR Zambry mempersembahkan ucapan tahniah dan taat setia mewakili kerajaan negeri dan rakyat jelata.
SULTAN Nazrin  Shah memeriksa perbarisan kawalan kehormat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.
SULTAN Nazrin Shah memeriksa perbarisan kawalan kehormat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.
Mohd Hafizee Mohd Arop dan Mohamad Hairi Azmi Tham

Kuala Kangsar: Istiadat Pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 disempurnakan, semalam, dengan upacara Tabal Adat diadakan di Istana Iskandariah, di sini.

Istiadat dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Sultan Nazrin sebelum baginda bergerak masuk ke Balairong Seri Istana Iskandariah kira-kira jam 9 pagi.

Upacara Tabal Adat kemudiannya dimulakan jam 11.30 pagi di Balairong Seri Istana Iskandariah dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh bekas juara Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ustaz Radzi Kamarul Hailan diikuti kitab suci itu dibawa oleh Timbalan Mufti Perak Zambri Hashim dan diserahkan kepada baginda untuk dikucup sebelum diletakkan di tempat terhormat.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin kemudiannya membacakan pengisytiharan pertabalan dan menyerahkan Pedang Cura Si Manja Kini untuk Sultan Nazrin mencabutnya dari sarung dan menciumnya.

Selepas itu, Mohd Zahidi membaca pemasyhuran pertabalan diikuti laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali diikuti paluan nobat dan tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Regimen Altileri Diraja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 11:09 AM