TIGA kontena serpihan pesawat dihantar ke Pangkalan Udara Gilze-Rijen untuk siasatan.
TIGA kontena serpihan pesawat dihantar ke Pangkalan Udara Gilze-Rijen untuk siasatan.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Lebih 3,800 cebisan tulang 100 barangan peribadi milik mangsa dan ratusan serpihan pesawat berjaya ditemui pasukan penyiasat antarabangsa termasuk Malaysia di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Donetsk, timur Ukraine.

Perkara itu disahkan Komander Pasukan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner Hussein Omar Khan menerusi khidmat pesanan ringkas, WhatsApp di sini, semalam.

Hussein berkata, semua cebisan tulang, barangan peribadi dan serpihan tulang ditemui pada misi pencarian selama 14 hari yang berakhir pada 28 April lalu.

Menurutnya, semua cebisan tulang dan barangan peribadi itu akan dibawa ke Hilversum, Belanda untuk dianalisis, manakala tiga kontena serpihan pesawat pula akan dihantar ke Pangkalan Udara Gilze-Rijen bagi tujuan siasatan.

“Semua cebisan tulang manusia dimuatkan dalam tujuh keranda sebelum dibawa menaiki pesawat Hercules milik Belanda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 9:45 AM