ANGGOTA JPAM menunjukkan buaya sepanjang dua meter yang ditangkap.
ANGGOTA JPAM menunjukkan buaya sepanjang dua meter yang ditangkap.
Oleh Junaidi Ladjana


Kinarut: Beberapa penghuni di Taman Limau-Limuan, dekat sini, kecoh berikutan penemuanbuaya tembaga sepanjang dua meter dalam keadaan terikat dipercayai ditangkap sekumpulan kaki pancing sebelum ditinggalkan di kawasan pondok pengawal kereta api di taman perumahan berkenaan, semalam.

Susulan kejadian jam 9.30 pagi itu, penghuni taman perumahan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu sebelum buaya seberat 60 kilogram itu ditangkap tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Seorang penghuni taman perumahan berkenaan, Richard Odal, 33, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Limau-Limauan dan melihat kumpulan penduduk kampung berkumpul di kawasan pondok berkenaan.

“Saya memberhentikan kenderaan melihat apa yang berlaku dan mendapati buaya dalam keadaan terikat berada di kawasan pondok itu.

“Saya dimaklumkan buaya itu sejam berada di kawasan pondok pengawal, namun tiada siapa yang peduli keadaan buaya itu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 10:10 AM