ZAIDA menunjukkan barang perhiasan yang dikebas perompak.
ZAIDA menunjukkan barang perhiasan yang dikebas perompak.
Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Sebanyak enam kedai menjual pakaian termasuk tudung, kain, seluar jeans dan baju di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), dipecah masuk penjenayah semalam.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya disedari semua pemilik premis jam 9 pagi selepas pintu kedai ditinggalkan dalam keadaan berkunci terbuka selain kerosakan pada kunci mangga.

Peniaga, Zaida Jaafar, 40, berkata, dia yang berada di rumahnya menerima panggilan daripada rakannya jam 10 pagi memaklumkan pintu kedainya terbuka.

Katanya, sebaik tiba di kedai, dia mendapati kunci mangga dirosakkan.

“Ketika pintu dibuka, keadaan kedai berselerak dan pemeriksaan mendapati barang perhiasan seperti cincin perak bersalut emas putih dilarikan penjenayah.

“Buat masa ini, saya tidak pasti sama ada penjenayah ada mengambil pakaian atau tidak. Namun, apa yang pasti barang hiasan dijual dilarikan dengan kerugian RM10,000,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 9:25 AM