PENGUSAHA  bot penambang   menolak bot menggunakan kayu untuk menggerakkan bot  berikutan  Sungai Golok   cetek sejak dua bulan lalu.
PENGUSAHA bot penambang menolak bot menggunakan kayu untuk menggerakkan bot berikutan Sungai Golok cetek sejak dua bulan lalu.

Rantau Panjang: Panas berpanjangan sejak awal tahun menyebabkan Sungai Golok, di sini, kering dengan catatan terkini paras air bawah aras normal iaitu lima meter.

Paras air sungai bersempadan dengan Thailand itu kini menyusut kepada 3.37 meter setakat 5 petang semalam.

Keadaan kering itu ketara apabila tinjauan mendapati beberapa bot penambang tersadai tidak dapat bergerak kerana air cetek hingga menampakkan beting pasir.

Pembawa bot penambang, Razali Omar, 30, berkata, pendapatannya terjejas kerana paras sungai yang cetek menyukarkan botnya keluar membawa penumpang.

“Selepas banjir besar, kemarau pula. Memang terjejas teruk periuk nasi saya yang bergantung kepada perkhidmatan bot penambang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 9:11 AM