(DARI kanan) Mustapa,  Abdul Ghafar dan Shariffudin bersama kakitangan Harian Metro membaca Yasin di Surau Balai Berita, NSTP, malam tadi.
(DARI kanan) Mustapa, Abdul Ghafar dan Shariffudin bersama kakitangan Harian Metro membaca Yasin di Surau Balai Berita, NSTP, malam tadi.

Kuala Lumpur: Harian Metro mengadakan bacaan Yasin dan tahlil sempena menyambut ulang tahun ke-24 di Surau Balai Berita Bangsar di sini, semalam.

Seramai 70 orang kakitangan hadir termasuk Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Timbalannya, Abdul Ghafar Ismail, Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Ahmad @ Salim Bachok dan Pengarang Eksekutif (Berita dan Hal Ehwal Semasa) Shariffudin Mohamed.

Sejak penubuhannya, akhbar ini sudah mencapai pelbagai kejayaan dan mendapat pengiktirafan daripada banyak pihak sama ada kerajaan atau swasta.

Jumlah pembaca Harian Metro dan Metro Ahad juga kini secara purata mencecah 3.81 juta orang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 10:10 AM