MOHD Faizal.
MOHD Faizal.
Oleh Norsharuddin Sapian dan Noor Hidayah Tanzizi

Sitiawan: “Seminggu sebelum kejadian anak bongsu kami, Muhamad Nur Fakrullah, 2, asyik meracau bertanyakan bapanya hampir beberapa malam. Malah malam kelmarin (Ahad), Fakrullah tiba-tiba berlari memeluk saya dan bertanyakan di mana bapanya berulangkali kerana menyangka bapanya sudah pulang,” kata Rashidah Saidin, 40.

Rashidah isteri kepada Mohd Faizal Abdul Halim, 39, yang dipercayai mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Dinding, di sini, ketika mangsa memancing udang bersama beberapa rakannya dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin.

Menurut Rashidah, dia dan suaminya tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu memandangkan suaminya menetap di Manjung bekerja sebagai operator kren di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh dekat sini.

“Saya tidak menyangka tingkah laku anak bongsu yang kerap meracau sejak kebelakangan ini bagaikan petanda suami akan meninggalkan kami buat selamanya.

“Kali terakhir kami berjumpa minggu lalu, apabila suami pulang ke rumah untuk bercuti dan pulang semula ke Manjung pada Selasa lalu,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Seri Manjung di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:20 AM