PALANIVEL
PALANIVEL
Oleh Muhammad Apendy Issahak


Cameron Highlands: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, semalam mendedahkan mempunyai bukti bergambar kegiatan ‘ikan besar’ yang terbabit dalam aktiviti penerokaan haram di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenai gambar berkenaan yang didakwanya diperoleh.

Menurutnya, beliau sudah menyerahkan semua bahan bukti kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu yang disifatkannya sebagai ikan besar.

Katanya, perkembangan mengenai isu penerokaan haram di kawasan tanah tinggi itu kini di bawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pihak berkuasa lain yang memantau keadaan di kawasan berkenaan.

“Mereka (pihak berkuasa) kini menumpukan terhadap penangkapan pekerja asing tanpa izin di ladang haram.

“Saya tidak pasti bila mereka akan bertindak terhadap ikan besar ini, namun saya sudah berikan segala bukti yang saya ada kepada mereka,” katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 8:26 AM