ANGGOTA Unit Forensik Polis memeriksa balkoni tempat mangsa dipercayai terjatuh, semalam.
ANGGOTA Unit Forensik Polis memeriksa balkoni tempat mangsa dipercayai terjatuh, semalam.
Oleh Asmah Rusman

Ampang: “Bila lihat keadaan dia, saya tak mampu nak kata apa-apa,” kata Siti Zainun Reduan, nenek kepada kanak-kanak lelaki yang ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lapan kediamannya di Ketapang Villa, Taman Nirwana, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Hadif Hadfi Mohd Nazim, 5, dipercayai terjaga dari tidur dan memanjat sebuah basikal yang diletakkan di balkoni rumah berkenaan sebelum terjatuh.

Siti Zainun, 67, berkata, cucunya itu ditinggalkan sendirian di rumah selepas pembantu rumah warga Indonesia keluar membeli telur untuk memasak nasi lemak.

“Saya datang ke sini selepas anak telefon maklum kejadian. Saya tengok Hadif dah tiada (meninggal dunia) dan ketika itu polis sedang memeriksa lokasi kejadian.

“Bibik memberitahu kami, dia keluar sekejap membeli telur di kedai dan apabila pulang dia lihat ada budak terbaring berlumuran darah. Dia kenal itu Hadif melalui seluar yang dipakai arwah,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Cheras, petang, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:23 AM