KERJA pembersihan dijalankan oleh petugas DBKL dan dibantu anggota polis trafik. FOTO ihsan DBKL
KERJA pembersihan dijalankan oleh petugas DBKL dan dibantu anggota polis trafik. FOTO ihsan DBKL
TUMPAHAN dikatakan berpunca daripada lori treler menyebabkan laluan sepanjang 1.5 kilometer dilimpahi minyak. FOTO ihsan DBKL
TUMPAHAN dikatakan berpunca daripada lori treler menyebabkan laluan sepanjang 1.5 kilometer dilimpahi minyak. FOTO ihsan DBKL
Oleh Asmah Rusman


Kuala Lumpur: Kira-kira 20 penunggang motosikal terjatuh kerana tergelincir dalam kejadian tumpahan minyak di Jalan Tun Razak menghala ke Sungai Besi, pagi tadi.

Kejadian 6.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada lori treler yang menyebabkan laluan sepanjang 1.5 kilometer berkenaan dilimpahi minyak.

Menurut petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sehingga kini kerja-kerja pembersihan masih dijalankan oleh petugas pembersihan DBKL dan dibantu anggota polis trafik Kuala Lumpur.

"Kejadian berlaku pagi tadi ketika laluan berkenaan sesak dengan pengguna jalan raya sekaligus tidak sempat mengelak lokasi terbabit.

"Tiada kecederaan serius ke atas mangsa yang terjatuh dan hanya segelintir daripada mereka mengalami luka kecil," katanya.

Katanya, treler berkenaan meninggalkan lokasi kira-kira 3 petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 6:35 PM