GRO dicekup cuba mengelak daripada dirakam wajah ketika dibawa keluar premis.
GRO dicekup cuba mengelak daripada dirakam wajah ketika dibawa keluar premis.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Helah 67 wanita asing cuba memperdaya pihak berkuasa dengan memberi alasan sebagai pelancong dan hanya berhibur di kelab malam tidak menjadi sebaliknya mereka ditahan kerana disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan Bukit Aman jam 11.30 malam kelmarin, polis menahan kumpulan wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun itu di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, di sini.

Menurut Pegawai Turus D7 IPKKL Deputi Superintendan Baharin Mohd Rose, sebahagian besar wanita yang ditahan adalah warga Vietnam yang menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dengan bekerja sebagai GRO.

Beliau berkata, ketika serbuan dijalankan, semua wanita terbabit sedang leka melayan kira-kira 200 pelanggan yang mengunjungi kelab malam terbabit sebelum serbuan dilakukan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:12 AM