ABD Latif  bersama anggotanya menunjukkan jenis kenderaan yang gagal diseludup ke negara jiran.
ABD Latif bersama anggotanya menunjukkan jenis kenderaan yang gagal diseludup ke negara jiran.
Oleh Zuliaty Zulkiffli

Bukit Kayu Hitam: Seorang lelaki menyamar sebagai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai helah untuk menyeludup kenderaan mewah yang dicuri ke negara jiran, berjaya ditahan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika sedang memandu kereta Mercedes Benz CLA 200 bernilai lebih RM200,000 dalam pemeriksaan di Kilometer 1.3 Lebuhraya PLUS menghala ke Thailand.

Suspek yang berpakaian kemas, menunjukkan kad kuasa agensi terbabit yang kemudian didapati palsu dalam usahanya melepasi sekatan jalan raya.

Komander UPP Kedah Abd Latif Abd Rahman berkata, sepasukan anggota UPP diketuai Sarjan Anuar Jonit yang menahan kereta mewah berwarna perak itu untuk pemeriksaan, curiga apabila pemandunya dengan selamba menunjukkan kad kuasa terbabit.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta mewah itu dilaporkan hilang di Puchong, Selangor, pada 8 Januari lalu dan pemeriksaan pada casis mendapati ia sama dengan kenderaan yang hilang itu, tetapi nombor plat yang digunakan palsu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 8:02 AM