FOTO Zuliaty Zulkifli
FOTO Zuliaty Zulkifli
Oleh Zuliaty Zulkifli


Bukit Kayu Hitam: Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) kerana menyeludup 150 karton minuman keras bernilai RM26,866 ketika cuba melepasi kawasan lorong pagar sempadan antara Black Forest dan Ladang Rakyat, Bukit Kayu Hitam di sini, pada 6.45 pagi tadi.

Komander UPP Kedah, Abd Latif Abdul Rahman berkata, suspek yang menaiki kereta Pajero Mitsubishi yang panik selepas menyedari kegiatannya terbongkar bertindak melarikan diri namun gagal apabila keretanya tersangkut di dalam lumpur.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 150 karton minuman keras pelbagai jenama.

"Suspek kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut bersama barangan yang dirampas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 kerana cuba menyeludup barang tanpa cukai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 1:03 PM