RUSLI (tengah) menunjukkan sebahagian mercun dan bunga api dirampas.
RUSLI (tengah) menunjukkan sebahagian mercun dan bunga api dirampas.
Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi

Tanah Merah : Dua ratus kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api dipercayai untuk bekalan sambutan Tahun Baru Cina dirampas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Bunga, semalam.

Barang larangan bernilai RM240,000 itu dirampas sekitar Kampung Bukit Panau kira-kira 8.30 malam.

Komander UPP Kelantan, Rusli Karim berkata, anggotanya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan seludup itu kira-kira 8.00 malam.

"Anggota bergegas ke tempat kejadian dan menunggu 30 minit sebelum menemui sebuah lori lima tan dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas lori itu menemui 200 kotak besar yang disembunyikan di belakang lori," katanya dalam sidang media di pejabat UPP tadi.

Beliu berkata, kenderaan dan barang rampasan itu dibawa ke pejabat UPP Bukit Bunga untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 5:02 PM