DR Muhammad menyambung tugas di HKK.
DR Muhammad menyambung tugas di HKK.

Kuala Krai: Perjalanan lebih lima jam meredah laluan dinaiki air termasuk menumpang tidur di sebuah rumah kedai akibat terkandas ketika banjir antara pengalaman dilalui seorang pegawai perubatan muda yang baru dua bulan bertugas di Hospital Kuala Krai (HKK).

Dr Muhammad Al-Athiq Marzuki, 30, yang ditukarkan ke HKK pada 15 November lalu dari Hospital Sungai Buloh, Selangor, tidak menyangka tempat barunya itu dilanda banjir luar biasa.

Itulah kali pertama dia berdepan situasi bencana dalam diari hidupnya dan kerjaya sebagai pegawai perubatan sejak kira-kira tiga tahun lalu.

Ketika kejadian banjir mula melanda jajahan Kuala Krai, dia yang bercuti bersama keluarganya di Subang, Selangor dipanggil bertugas oleh pengurusan HKK.

Dia bersama isteri, Mariam Al-Batul Azizuddin, 29, kakitangan di Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu kira-kira jam 1 tengah hari pada 24 Disember lalu.

“Kami kemudian meneruskan perjalanan menuju ke HKK dengan menaiki bas dan teksi selain menumpang bot penduduk sehingga sampai ke Bukit Sireh,” katanya.

Beliau berkata, dari Bukit Sireh, dia menaiki bot penumpang dan perlu berjalan kaki dalam sekitar 20 kilometer serta menumpang dua lori dan kenderaan pacuan empat roda sebelum tiba di Sungai Durian jam 10 malam pada 24 Disember lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 6:57 AM