Kuala Lumpur: Kes seorang pekerja hotel yang didakwa atas tuduhan merogol wanita warga Australia di hotel di sini, dua bulan lalu ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Januari tahun depan.

Hakim Azman Mustapha menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes semalam di Mahkamah Sesyen, di sini.

Tertuduh, Roaquin Radzmund Muhammed Reduan, 25, didakwa merogol mangsa berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pengurus restoran makanan segera di bilik hotel di sini, jam 5 pagi pada 19 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:42 AM