KEADAAN kereta terbabit nahas di Kilometer 11 Jalan Pilah-Batu Kikir, semalam.
KEADAAN kereta terbabit nahas di Kilometer 11 Jalan Pilah-Batu Kikir, semalam.
Oleh Amran Yahya

Kuala Pilah: “Kejadian berlaku begitu pantas. Sebaik kereta dirempuh dan berpusing tiga kali, seluruh ahli keluarga melaungkan ‘Allahuakbar’ bimbang sesuatu buruk berlaku,” kata Kamariah Nasruddin, 35, mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 1, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, di sini, kelmarin.

Kamariah berkata, dalam kejadian jam 2.15 petang itu, dia, suami, ibu, ayah dan dua anak berusia enam dan tiga tahun dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis kahwin saudara di Felda Raja Alias 2, Jempol, dekat sini.

Katanya, dalam perjalanan dari Batu Kikir ke Kuala Pilah itu, suaminya, Abdul Hadi Ibrahim, 36, yang memandu kereta Proton Exora dikejutkan kehadiran kereta Perodua Alza dari arah bertentangan.

“Ketika itu, saya ternampak kereta itu memasuki laluan bertentangan dan menyuruh suami mengelak, namun gagal apabila kenderaan terbabit merempuh kereta kami.

“Disebabkan itu kereta dipandu suami berpusing tiga kali dan kami ketakutan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:13 AM