ORANG ramai menenangkan remaja kembar yang parah selepas terbabit nahas.
ORANG ramai menenangkan remaja kembar yang parah selepas terbabit nahas.
Oleh Arifin Salleh

Jasin: Dua remaja kembar parah selepas motosikal yang mereka tunggangi terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Serkam dekat sini, kelmarin.

Kejadian jam 5.45 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Aliff dan Muhammad Ariff Ishak, 16, tercampak atas jalan dan patah anggota badan.

Sumber berkata, kemalangan berlaku selepas motosikal dinaiki dua beradik itu merempuh sebuah kereta yang mahu memasuki simpang kanan di tempat kejadian.

“Difahamkan, ketika kereta itu mahu membelok ke kanan, sebuah motosikal jenis Honda EX5 dari arah sama terlanggar pintu belakang kanan kereta berkenaan.

“Berikutan itu, penunggang dan pembonceng motosikal itu melambung melepasi kereta lalu jatuh atas jalan dan mengalami patah tangan kanan serta kedua-dua kaki,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:04 AM