SATU definisi menyeluruh perlu dilaksanakan dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Siber kelak.
SATU definisi menyeluruh perlu dilaksanakan dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Siber kelak.
Muhammad Saufi Hassan


Dianggarkan lebih 13 juta data dilaporkan bocor untuk dua suku pertama tahun ini membabitkan tempoh Januari hingga Jun.

Menerusi Laporan Pertengahan Tahun - Landskap Ancaman 2023 yang diterbitkan CyberSecurity Malaysia (CSM) menunjukkan isu kebocoran data ini dilihat serius dengan jumlah yang besar.

Walaupun

trend menunjukkan pengurangan insiden kebocoran data untuk suku kedua jika dibandingkan dengan suku pertama, namun insiden berkenaan masih berlaku.

Untuk rekod, bagi suku pertama membabitkan tempoh Januari hingga Mac, dianggarkan lebih 12 juta data tertiris manakala untuk April hingga Jun hanya merekodkan lebih 319,000 data tertiris saja.

Hasil daripada anggaran kebocoran data berkenaan, sektor kerajaan paling popular menjadi sasaran penggodam untuk mendapatkan data tertiris.

Sektor kerajaan merekodkan 22 peratus kebocoran data, diikuti sektor telekomunikasi menyumbang sebanyak sembilan peratus, sektor pendidikan merekodkan enam peratus dan peruncitan sebanyak enam peratus.

Jika dilihat kepada analisis sektoral pula, ia memperlihatkan sebanyak 36.96 peratus data berkenaan dijual

'Pelakon Ancaman' (TA) manakala 63.04 peratus pula berkongsi data ini.

Data berkenaan memberi gambaran bahawa isu keselamatan siber bukan isu remeh sebaliknya memerlukan rangka kerja keselamatan siber yang lebih mampan serta sistematik.

Maklumat berkenaan kemudian disebarkan oleh TA 'LeakBase' ya

ng merekodkan perkaitan penjualan data di Malaysia sebanyak 57.8 peratus, diikuti 'DeltaBoys' (18.5 peratus) dan beberapa lagi pelaku.

PERLU kewujudan satu akta khusus untuk memberi ultimatum kepada hak pengguna serta punca kuasa kepada agensi berkaitan.
PERLU kewujudan satu akta khusus untuk memberi ultimatum kepada hak pengguna serta punca kuasa kepada agensi berkaitan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, kemajuan teknologi hari ini memerlukan satu langkah pantas diambil oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang juga pemegang punca kuasa keselamatan siber serta agensi kerajaan lain yang berkaitan seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan juga Unit Jenayah Siber dan Multimedia, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, ketika ini, tiada perundangan khusus yang turut menyatakan definisi secara khusus berkenaan isu keselamatan siber ini dan seharusnya usaha ke arah pembentukan Akta Keselamatan Siber perlu dipergiatkan.

"Dunia teknologi hari ini bergerak dengan pantas, perundangan kita masih banyak kekurangan dan kelemahan serta tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kita agak ketinggalan kebelakang (aspek perundangan).

"Contohnya di Amerika Syarikat (AS), mereka mempunyai Akta Perkongsian Maklumat Keselamatan Siber (CISA) dan beberapa kod perundangan yang lain.

"Saya tidak nafikan kita mempunyai perundangan tertentu namun ia tidak bersifat menyeluruh, jadi kita perlukan Akta Keselamatan Siber yang memberikan definisi jelas tentang keselamatan siber, kesalahan dan perlindungan untuk pengguna," katanya kepada #ITMetro, semalam.

Beliau berkata, ini langkah paling penting untuk meletakkan aspek keselamatan siber di negara ini pada tahap tertinggi sekali gus memberikan punca kuasa kepada agensi berkaitan untuk bergerak dan mengambil tindakan.

Menurutnya, kewujudan akta khusus itu akan memberikan perlindungan bersifat

'ultimatum' kepada pengguna dan kerajaan untuk mengambil langkah penguatkuasaan perundangan jika berlaku pelanggaran di bawah akta terbabit.

"Kita (MCCA) sentiasa meletakkan sasaran bahawa perlindungan secara menyeluruh ini sangat perlu, tidak hanya untuk pengguna tetapi semua pihak.

"Penerapan pendidikan menerusi silibus khas juga perlu di sekolah supaya generasi baharu tahu tentang apa itu keselamatan siber dan hak mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2023 @ 7:01 AM