Realme perkenal peranti baharu generasi realme 11 5G.
Realme perkenal peranti baharu generasi realme 11 5G.
Oleh Ahmad Hasbi


Pengeluar peranti terkemuka, Realme memperkenalkan peranti kelas pertengahan yang baharu iaitu realme 11 5G yang dilengkapi dengan spesifikasi termaju untuk kelasnya.

  Peranti yang menerima jolokan 'Midrange Breaker' ini turut didatangkan dengan sensor kamera 108 megapiksel (mp) bersama-sama sokongan pengecas pantas 67W untuk kemudahan pengguna.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, realme 11 5G ini menggunakan saiz skrin 6.72 inci dengan resolusi Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+) 2,400 x 1,080 serta menyokong kadar segar semula 120Hz.

  Paparan ini juga menyokong Kadar Segar Semula Dinamik dalam enam peringkat yang mana sistem akan bijak memilih peringkat terbaik mengikut senario penggunaan.

  Peranti realme 11 5G menampilkan pemproses MediaTek Dimensity 6100+ dengan binaan 6nm yang canggih untuk memberikan prestasi yang cekap kuasa. 

  Sesuai dengan nama jolokon 'pemecah peranti kelas pertengahan', ia menyokong RAM dinamik sehingga 16GB, memastikan penggunaan harian yang lancar, terutamanya dalam menjalankan berbilang aplikasi dan bertukar antara aplikasi yang dibuka. 

  Selain itu, realme 11 5G juga memberi ruang yang cukup untuk keseronokan kerana ia penuh dengan storan 256GB.

  Paling ketara, realme 11 5G menawarkan ciri Hotspot Pintar Kuasa Rendah 5G pertama di dunia, yang membolehkan pengguna berkongsi sambungan rangkaian 5G berkuasa tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah, dikurangkan sehingga 32 peratus berbanding perkongsian dengan rangkaian 2.4GHz.

 Menyentuh aspek tetapan lensa, peranti ini membawa ciri-ciri Double Ace iaitu kamera utama 108MP yang menyokong zum dalam sensor 3x dan 67W SUPERVOOC FastCharge.

  Peranti ini menampilkan sensor Samsung ISOCELL HM6 dengan sensor 1/1.67 inci, realme 11 5G serba baharu meneruskan keupayaan fotografi resolusi tinggi yang terdapat pada siri realme 11. 

  Dikuasakan oleh kamera utama 108MP, realme 11 5G membolehkan pengguna menceritakan kisah mereka dengan imej yang jelas. 

  Zum dalam sensor 3x terbina dalam menawarkan pengguna pengalaman fotografi yang ditakrifkan semula kerana butiran dan kualiti imej akan tetap jelas.

  Peranti realme 11 5G menampilkan deco kamera yang menarik perhatian yang direka menerusi konsep 'Glory Halo'.

  Tanda harga untuk Realme 11 5G dengan variasi storan 256GB dan RAM 8GB bermula RM1,199. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2023 @ 8:48 PM