Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Pengguna yang mahukan skrin paparan berkonsepkan 'business' elemen namun menampilkan spesifikasi yang baik, MSI memperkenalkan skrin daripada generasi MD272PW.

Skrin paparan ini didatangkan dengan panel IPS bersama resolusi 2560 x 1440 piksel serta saiz 27 inci memberikan sudut pandangan paling optimum.

Perkakas ini juga pernah dinobatkan sebagai pemenang Red Dot 2021 hasil daripada penetapan spesifikasi bersama ciri baharu yang ditampilkan oleh perkakas ini.

Menerusi saiz skrin 27 inci berkenaan, ia mampu untuk memberikan lebih daripada 16.7 juta warna dengan 100 peratus sRGB warna Gamut untuk kualiti persis warna sebenar.

Sesuai untuk segmen 'perniagaan', skrin paparan ini didatangkan dengan nisbah statik 1000:1 bersama tahap respons 5ms dan kecerahan 250 nits.

Bagi tugasan produktiviti, skrin paparan ini adalah pilihan terbaik kerana menyokong kefungsian KVM iaitu sokongan satu papan kekunci serta tetikus dengan dua desktop berbeza.

MD272PW ini juga berupaya untuk mengubah sudut ketinggian, sudut pandang termasuk orientasi skrin dalam bentuk potrait mahupun melintang.

Ia turut menyokong sambungan USB Type C, HDMI 1.4b dan DisplayPort 1.2 bersama bicu audio.

Menerusi kemasannya, MD272PW ini adalah sangat elegan dengan pemilihan warna putih yang kemas sesuai untuk kelas perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2023 @ 3:10 PM