KEUPAYAAN teknologi masa kini memungkinkan pembangunan aplikasi berkenaan yang dapat memberi kesan positif atau membantu orang lain.
KEUPAYAAN teknologi masa kini memungkinkan pembangunan aplikasi berkenaan yang dapat memberi kesan positif atau membantu orang lain.
Muhammad Saufi Hassan


Cuba bayangkan seseorang individu itu terkena serangan epilepsi ketika keluar berseorangan tanpa orang ramai mengetahui apa yang sedang terjadi kepadanya.

Serangan epilepsi mungkin tidak membawa maut tetapi mampu untuk mencederakan seseorang terutamanya ketika keluar berseorangan.

Bagaimanapun, ini bukan kolum kesihatan yang ingin membicarakan tentang faktor atau simptom epilepsi tetapi ini adalah ruangan teknologi.

Pastinya berkembangan teknologi hari ini memungkinkan seseorang yang menghidap epilepsi mampu untuk menghantar mesej kecemasan kepada orang terdekat atau menghantar notifikasi sistem kedudukan global (GPS) kepada ahli keluarga.

Hasil kemajuan teknologi hari ini juga membolehkan peranti boleh pakai atau peranti pintar menghubungi bantuan kecemasan jika peranti merekodkan kadar hentakan yang kuat.

Sebenarnya, aplikasi untuk individu yang sering terkena serangan epilepsi sudah pun tersedia hasil pembangunan berterusan oleh sekumpulan pembangun aplikasi.

Aplikasi yang dikenali sebagai 'Aura: Seizure Helper' ini yang membolehkan penghidap epilepsi untuk memasang aplikasi berkenaan sekali gus merekodkan setiap kali serangan berlaku.

Pembangun Perniagaan dan Peneraju Produk Aura, Viona Allicia menjelaskan bahawa inisiatif untuk membangunkan aplikasi ini muncul daripada pengalaman peribadinya iaitu ada dalam kalangan rakannya yang kehilangan ahli keluarga akibat serangan sawan yang tidak dirawat.

APLIKASI Aura mampu memberikan notifikasi kepada individu atau waris yang diserang sawan sekali gus mengelakkan sebarang kecederaan.
APLIKASI Aura mampu memberikan notifikasi kepada individu atau waris yang diserang sawan sekali gus mengelakkan sebarang kecederaan.

Pembangunan aplikasi berkenaan menjadi realiti apabila beliau menyertai Kem Usahawan Apple 2021 dan orang ramai yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai kem itu sebelum tarikh tutup pada 24 Ogos ini.

Viona berkata, Kem Keusahawanan Apple membenarkan wanita dan komuniti yang kurang diwakili untuk mempamerkan keupayaan kami tanpa merasa seperti kami dihakimi.

Menurutnya, inisiatif ini membuatkan golongan sepertinya berasa diberi kuasa dan mengukuhkan kepercayaan bahawa setiap orang boleh mencipta impak di dunia.

"Kem ini menyokong pengasas dan pembangun yang kurang diwakili kerana mereka membina aplikasi canggih generasi seterusnya dan membantu membentuk rangkaian global yang menggalakkan saluran paip dan jangka hayat usahawan ini dalam teknologi.

"Para hadirin mendapat manfaat daripada panduan peringkat kod satu-satu untuk menjadikan apl mereka lebih baik.

"Mereka juga menerima galakan, inspirasi dan akses yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada jurutera dan pemimpin Apple. Untuk makluman, permohonan kini dibuka untuk pengasas wanita, individu berkulit hitam dan hispanik atau latin," katanya.

Viona dan pasukannya yang berpangkalan di Indonesia menegaskan bahawa aplikasi ini mampu membantu individu yang terkena serangan berkenaan sekali gus orang ramai dapat memberikan pertolongan yang sewajarnya.

PENERAJU pembangunan aplikasi Aura, Viona Allicia menyatakan bahawa aplikasi ini dapat membantu individu yang sering diserang sawan.
PENERAJU pembangunan aplikasi Aura, Viona Allicia menyatakan bahawa aplikasi ini dapat membantu individu yang sering diserang sawan.

"Bermula daripada itu, saya sering memikirkan bagaimanakah caranya untuk mewujudkan satu bantuan khas kepada penghidap epilepsi dan disitulah bermulanya idea untuk membangunkan aplikasi ini.

"Untuk rekod, lebih 3,500 kes sawan berlaku di Indonesia saja dan saya amat yakin jumlah itu pastinya jauh lebih tinggi jika dilihat dalam aspek global.

"Katakan individu ini berada di luar dan mempunyai aplikasi 'Aura' dan berlaku tanda bahawa sawan akan berlaku berlaku, pengguna boleh membuka Aura dan menekan butang persekitaran amaran," katanya.

Menjelaskan tentang aplikasi Aura, Viona yang juga alumni Akademi Pembangun Apple berkata, aplikasi berkenaan akan mengeluarkan bunyi seakan penggera untuk menarik perhatian orang sekeliling dan pengguna boleh memadamkan penggera perhatian berkenaan jika serangan sawan tidak berlaku atau 'false alarm'.

Viona berkata, penjaga atau ahli keluarga juga akan menerima notifikasi tentang kedudukan mangsa yang terkena serangan berkenaan untuk tindakan lanjut.

"Selepas serangan sawan berakhir, aplikasi akan merekodkan sawan untuk anda melaporkannya kepada doktor dan juga menjejaki trend.

"Kami menggunakan beberapa teknologi dan rangka kerja Apple untuk memastikan aplikasi itu selamat dan mudah untuk digunakan.

"Sebagai contoh, kami menyepadukan data pesakit kami dengan Apple Health, jadi ia lebih selamat dan mudah untuk pengguna kami," katanya.

Ketika ditanya berhubung matlamat masa depan, Viona menjelaskan bahawa pasukannya berharap supaya lebih ramai lagi penghidap epilepsi untuk menggunakan aplikasi berkenaan sekali gus memperluaskan jangkauan pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 6:30 AM