PENGGODAM juga dijangka akan meletakkan sasaran serangan terhadap rantaian bekalan memandangkan wujud kelemahan dalam sistem berkenaan.
PENGGODAM juga dijangka akan meletakkan sasaran serangan terhadap rantaian bekalan memandangkan wujud kelemahan dalam sistem berkenaan.
Muhammad Saufi Hassan


TIRAI 2021 bakal melabuhkan tirainya kira-kira 30 hari lagi dan sepanjang tahun ini juga, pengguna terdedah dengan kepelbagaian serangan siber yang semakin kompleks.

Untuk 2022 pastinya lebih mencabar dan serangan siber jauh lebih kompleks dengan kemajuan teknologi masa kini.

Modus operandi serangan siber juga lebih kompleks dan sering berubah-ubah mengikut keadaan serta keupayaan teknologi semasa menyebabkan wujud segelintir pengguna yang masih menjadi mangsa serangan ini.

Biarpun pelbagai kempen kesedaran tentang pembudayaan amalan penggunaan ruang siber pintar dilaksanakan, namun masih wujud segelintir pengguna yang mudah terpengaruh sekali gus menjadi mangsa kepada serangan siber ini.

Pastinya, untuk tahun depan, cabaran keselamatan di ruang siber semakin meningkat terutamanya apabila kepelbagaian teknologi masa kini sehingga keadaan itu agak menyukarkan pakar keselamatan untuk mengenalpasti trend serangan.

Penyelidik Kanan Keselamatan Pasukan Analisis dan Kajian Global Ivan Kwiatkowski berkata, terdapat beberapa trend serangan siber yang dijangka akan berlaku untuk tempoh 2022 terutama membabitkan peranti pintar.

Menurutnya, serangan untuk peranti pintar akan lebih canggih dan penggodam akan melihat segmen berkenaan sebagai sasaran besar untuk melakukan serangan.

"Sepanjang 2021, kita dapat melihat berlaku serangan dalam skala tertentu membabitkan peranti pintar menerusi pelbagai kaedah atau mod serangan.

CABARAN ruang siber untuk tahun 2022 akan lebih menjurus kepada jumlah segmen peranti yang sering digunakan oleh pengguna.
CABARAN ruang siber untuk tahun 2022 akan lebih menjurus kepada jumlah segmen peranti yang sering digunakan oleh pengguna.

"Tahun lalu juga, data menunjukkan tiada sebarang serangan berlaku terhadap peranti yang menggunakan sistem operasi iOS.

"Kaspersky juga menjangkakan serangan turut disasarkan kepada rantaian bekalan atau 'supply chain," katanya kepada #ITMetro semalam.

Menurutnya, penyelidik Kaspersky memberi perhatian khusus kepada kekerapan kes di mana penjenayah siber mengeksploitasi kelemahan dalam keselamatan vendor untuk menjejaskan pelanggan syarikat.

Katanya, serangan sedemikian amat menguntungkan dan bernilai kepada penyerang kerana ia memberikan akses kepada sejumlah besar sasaran yang berpotensi.

Kwiatkowski berkata, atas sebab ini, serangan rantaian bekalan dijangka berada pada aliran menaik ke 2022.

"Pada masa sama, eksploitasi berterusan untuk mod 'Bekerja dari Rumah' (WFH) dijangka akan berlaku sepanjang tahun depan.

"Dengan kerja jauh, penjenayah siber akan terus menggunakan komputer rumah pekerja yang tidak dilindungi atau tidak dikemaskini sebagai cara untuk menembusi rangkaian korporat.

"Kejuruteraan sosial untuk mencuri bukti kelayakan dan serangan kekerasan terhadap perkhidmatan korporat untuk mendapatkan akses kepada pelayan yang dilindungi yang lemah akan diteruskan," katanya.

Beliau berkata, pengguna harus sentiasa melaksanakan amalan terbaik ketika berada di ruang siber untuk memastikan risiko serangan itu dapat dikurangkan pada tahap yang paling minimum.

PENGGUNA perlu lebih bijak ketika berada di ruang siber untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa serangan siber.
PENGGUNA perlu lebih bijak ketika berada di ruang siber untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa serangan siber.

Katanya, penggodam akan berusaha untuk memperdayakan

pengguna menerusi pelbagai kaedah serta mod serangan yang lebih kompleks sekali gus modus operandi penggodam agak sukar untuk dikenalpasti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 7:00 AM