HUAWEI Nova 8i menawarkan keupayaan kamera yang baik. - FOTO Google
HUAWEI Nova 8i menawarkan keupayaan kamera yang baik. - FOTO Google
Muhammad Saufi Hassan


KEUPAYAAN kamera, video dan penggunaan yang sangat baik untuk peranti pintar kelas pertengahan serta direka untuk semua keadaan rakaman gambar.

Itu kesimpulan yang boleh dibuat oleh berhubung peranti Huawei Nova 8i, sekali gus diklasifikasikan sebagai peranti pintar kelas pertengahan pelbagai guna.

Menyentuh aspek keupayaan kameranya, tetapan kamera menggunakan empat lensa iaitu sensor utama 64 megapiksel (MP) sudut lebar, 8MP sudut ultra lebar, 2MP makro dan 2MP sensor depth untuk keupayaan rakaman gambar yang lebih baik.

Rakaman video pula adalah 1080p dengan bacaan 30 bingkas sesaat (FPS) dan Huawei bijak melakukan padanan sensor kamera apabila secara keseluruhannya, kualiti gambar adalah sangat baik untuk peranti kelas pertengahan.

Sensor utama kamera yang menggunakan 64MP memberi kesan yang sangat baik untuk rakaman gambar pelbagai keadaan sama ada suasana cahaya yang baik mahupun kurang pencahayaan atau malam.

Bagi sesebuah peranti kelas pertengahan, keupayaan rakaman kamera seperti ini dianggap sebagai raja dan hampir setanding dengan peranti kelas perdana.

Penulis melakukan ujian mod malam memandangkan tidak semua peranti pada hari ini mampu untuk merakam gambar dengan kurang pencahayaan pada kualiti yang baik.

Dengan hanya berbekalkan sekitar 30 peratus cahaya, Huawei Nova 8i ini mampu merakam pasu bunga dengan kualiti sangat jelas umpama pencahayaan penuh.

HUAWEI Nova 8i peranti pintar kelas pertengahan pelbagai guna. - FOTO Google
HUAWEI Nova 8i peranti pintar kelas pertengahan pelbagai guna. - FOTO Google

UJIAN kamera mod malam memperlihatkan keupayaan kamera Nova 8i yang sangat baik.
UJIAN kamera mod malam memperlihatkan keupayaan kamera Nova 8i yang sangat baik.

Kaedahnya mudah, pengguna hanya perlu meletakkan atau memegang peranti dalam keadaan stabil serta memilih mod malam, ia akan mengambil masa sekitar enam saat untuk merakam serta memproses gambar.

Tetapan kamera Huawei Nova 8i ini mampu untuk memberi kualiti imej yang sangat baik dan menjadi keutamaan pengguna hari ini untuk dilengkapi kamera berprestasi tinggi.

Komuniti pengguna hari ini sangat dekat dengan sosial media, jadi keupayaan kamera adalah sangat penting terutama untuk keadaan pencahayaan kurang.

Sesuai dengan trend pengguna terkini yang gemar menghabiskan masa terluang dengan bermain permainan mudah alih, Huawei Nova 8i mampu melancarkan semua permainan baharu.

Peranti itu juga mampu untuk melakukan pelbagai tetapan grafik tanpa mengganggu prestasi, malah suhu peranti berada pada tahap paling minimum.

Secara keseluruhannya, Huawei Nova 8i adalah peranti kelas pertengahan yang boleh digunakan untuk pelbagai kefungsian daripada pengguna biasa sehingga kepada penggemar permainan mudah alih.

Ia juga peranti yang sangat baik kerana menawarkan keupayaan prestasi pada tahap maksimum untuk kelas pertengahan.

SPESIFIKASI

Pemproses: Qualcomm Snapdragon 662 11nm

RAM: 6GB / 8GB

Storan: 128GB

Kamera: 64MP + 8MP + 2MP + 2MP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 6:42 AM