Muhammad Saufi Hassan

PENCINTA fotografi mudah alih pastinya mahu memiliki peranti yang mempunyai keupayaan lensa luar biasa termasuk mengambil gambar malam dengan kualiti paling terbaik.

Kebanyakan peranti pintar akan menghadapi masalah untuk merakam gambar ketika pencahayaan kurang terutamanya pada waktu malam kerana lensa serta sensor tidak berupaya melakukan pendedahan cahaya seperti kamera konvensional.

Selain daripada rakaman gambar malam, pencinta fotografi juga mahu peranti yang berkebolehan melakukan pembesaran imej dengan baik dan tidak banyak peranti mudah alih yang menawarkan keupayaan seperti itu.

Bagi menyelesaikan semua masalah berkenaan khasnya kepada fanatik fotografi, Xiaomi kini menawarkan peranti mampu milik serta berkeupayaan untuk merakam gambar dalam pelbagai keadaan cuaca termasuk melakukan fungsi pembesaran imej.

Xiaomi menerusi peranti kelas perdana keluarannya, Xiaomi Mi Note 10 menawarkan pakej keupayaan lensa terbaik yang pernah ditawarkan dengan keupayaan resolusi lensa 108 megapiksel (MP) dan ia adalah peranti pertama di dunia yang menggunakan kamera penta seperti itu.

XIAOMI Mi Note 10 mempunyai tetapan lima lensa (penta) dengan lensa utama 108MP.
XIAOMI Mi Note 10 mempunyai tetapan lima lensa (penta) dengan lensa utama 108MP.

Lensa yang mempunyai resolusi berkenaan mampu untuk merakam gambar dan melakukan perincian imej yang terakam dengan begitu baik termasuk taburan tona warna sebenar.

Jika beberapa tahun kebelakangan ini, gambar yang berkualiti banyak dirakam menerusi peranti konvensional seperti kamera jenis Pantulan Lensa Tunggal Digital (DSLR) namun ‘trend’ berkenaan sudah mengalami perubahan yang agak drastik.

Xiaomi Mi Note 10 adalah pendahulu bagi revolusi fotografi mudah alih selepas memperkenalkan peranti yang dilengkapi dengan kamera penta termasuk padanan beberapa lensa berlainan fungsi.

RAKAMAN imej jarak jauh jelas kelihatan dengan keupayaan lensa penta - Gambar oleh Billy
RAKAMAN imej jarak jauh jelas kelihatan dengan keupayaan lensa penta - Gambar oleh Billy

Peminat fotografi sebenarnya sudah tidak memerlukan kamera DSLR untuk merakam gambar berkualiti dengan tona warna yang mengagumkan sebaliknya hanya menggunakan peranti mudah alih.

Menerusi Xiaomi Mi Note 10, ia adalah peranti mudah alih terbaik untuk peminat fotografi dan ‘senjata’ utama untuk merakam gambar terbaik dengan kualiti sangat mengagumkan.

Lensa 108MP ini memberikan kualiti gambar terperinci dengan resolusi piksel 12,032 x 9,042 dan gambar berkenaan mampu untuk dicetak menerusi poster berdefinisi tinggi bersaiz 4.2 meter.

Selain daripada kelengkapan lensa yang baik, peminat fotografi pastinya mahu peranti mereka melakukan pembesaran imej dan Mi Note 10 mempunyai lima kali pembesaran optikal, 10 kali pembesaran hibrid dan 50 kali pembesaran digital.

Keupayaan itu membolehkan pengguna untuk merakam gambar jarak jauh tanpa menggunakan lensa sokongan dan ia juga mengekalkan kualiti pada tahap terbaik.

XIAOMI Mi Note 10 menjadi peranti pertama menggunakan lensa 108MP.
XIAOMI Mi Note 10 menjadi peranti pertama menggunakan lensa 108MP.

Contohnya, jika pengguna merakam gambar sebuah tugu peringatan yang mempunyai tulisan dalam jarak yang jauh, pengguna masih boleh melakukan pembesaran optimum dan masih boleh membaca tulisan dengan jelas pada imej.

Kebanyakan imej yang dirakam pada peranti lain, struktur tulisan pada sesebuah imej tidak boleh dibaca apabila pengguna melakukan pembesaran, namun ia tidak menjadi masalah kepada peranti terbaharu keluaran Xiaomi ini.

Selain daripada lensa utama yang berkeupayaan 108MP, peranti berkenaan mempunyai empat lensa berlainan fungsi lain iaitu 2MP untuk lensa makro, 20MP sudut super lebar, 12MP lensa potrait dan 5MP untuk telefoto.

GAMBAR yang dirakam menerusi mod lensa 108MP menghasilkan imej terperinci.
GAMBAR yang dirakam menerusi mod lensa 108MP menghasilkan imej terperinci.

Empat lensa ini akan digunakan untuk mod kamera yang berbeza mengikut kesesuaian pengguna dan lensa makro sudah pasti akan memberi kelebihan kepada pengguna untuk merakam secara terperinci imej secara dekat tanpa sebarang masalah.

Mod makro ini biasanya dilengkapi pada kamera DSLR untuk merakam imej dekat seperti urat daun, pergerakan serangga atau bermacam lagi teknik fotografi dan semua itu boleh dilakukan menerusi peranti Xiaomi Mi Note 10.

Manakala bagi lensa lain, sudut super lebar berfungsi jika pengguna ingin merakam gambar pada sudut luas dan ia biasa digunakan untuk imej pemandangan, gambar memori bersama keluarga dan imej orang ramai.

LENSA sudut super ultra memboleh pengguna merakam imej pemandangan dengan lebih baik - Gambar oleh Kenji Ooi
LENSA sudut super ultra memboleh pengguna merakam imej pemandangan dengan lebih baik - Gambar oleh Kenji Ooi

Teknologi kamera penta memberikan kualiti gambar umpama perkakasan profesional dan ia mampu digunakan untuk setiap keadaan serta pencahayaan.

Xiaomi menjadi pengeluar telefon pintar pertama yang mengeluarkan set kamera penta atau tetapan lensa lima modul (penta) termasuk lensa utama yang memberi keupayaan 108MP.

Selain itu, spesifikasi lain yang mengagumkan apabila Xiaomi memilih kapasiti bateri 5,260mAH untuk ketahanan lebih seharian terutamanya bagi pengguna yang sering bergerak dan menggunakan peranti pintar mereka dengan optimum.

PANEL kaca 3D di bahagian belakang termasuk tetapan kamera penta.
PANEL kaca 3D di bahagian belakang termasuk tetapan kamera penta.

Menyentuh aspek binaan, Xiaomi bijak menggunakan binaan kaca tiga dimensi (3D) di bahagian belakang peranti sekali gus memberikan ciri premium dan peranti berkenaan mempunyai kemasan yang sangat baik.

Skrin berkeluasan 6.37 inci memberikan kebebasan kepada pengguna untuk melihat dengan optimum dan ia menggunakan paparan menggunakan AMOLED dengan resolusi 2,340 x 1,080 bersama kadar bacaan 600 nits.

REKAAN lengkung di bahagian depan bercirikan peranti kelas premium.
REKAAN lengkung di bahagian depan bercirikan peranti kelas premium.

Ia dilengkapi dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 5 dan didatangkan dengan sistem keselamatan imbasan cap jari terbina di bawah skrin termasuk bicu audio.

Peranti ini adalah sangat sesuai untuk pencinta fotografi kerana mempunyai teknologi tetapan lensa penta bagi menghasilkan gambar dalam kualiti maksimum tanpa mengira waktu.

Ia juga sangat sesuai untuk pengguna yang gemar melakukan rakaman secara vlog memandangkan peranti berkenaan dilengkapi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sekali gus menghasilkan video yang baik serta mengagumkan.

Pastinya, pencinta fotografi boleh melakukan trend perubahan bagi landskap fotografi konvensional dengan menggunakan Xiaomi Mi Note 10 memandangkan ia adalah peranti yang menawarkan keupayaan kamera terbaik yang pernah ada di pasaran.

Pengguna boleh melakukan pesanan untuk peranti Xiaomi Mi Note 10 menerusi pautan Lazada: http://bit.ly/2QQjTf4 atau Shopee: http://bit.ly/2Ld3lKL manakala bagi Mi Note 10 Pro di pautan Lazada: http://bit.ly/35G2euu dan Shopee: http://bit.ly/2XVJqoM

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Disember 2019 @ 10:38 AM