PENGGUNA boleh dapatkan iPhone terbaru di mana-mana wakil penjual yang sah.
PENGGUNA boleh dapatkan iPhone terbaru di mana-mana wakil penjual yang sah.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

 

 

Bermula hari ini, Apple menawarkan semua variasi siri iPhone terbaharunya untuk pasaran tempatan membabitkan iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro serta versi Pro Max.

  Pengguna boleh mengunjungi mana-mana wakil penjual yang sah untuk peranti berkenaan atau mengunjungi laman web mereka untuk membuat pembelian.

  Menyentuh aspek spesifikasi, keempat-empat model ini dikuasakan dengan pemproses terbaharu Apple iaitu A14 Bionic serta didatangkan dengan skrin panel OLED untuk paparan lebih terperinci.

  Bagi siri iPhone 12 Mini, ia adalah variasi bersaiz kecil dengan skrin 5.4 inci manakala untuk iPhone 12 hadir dengan skrin berkeluasan 6 inci sama seperti iPhone 12 Pro.

  Peranti iPhone 12 Pro Max pula didatangkan dengan saiz skrin paling besar jika dibandingkan dengan keempat-empat variasi iaitu 6.68 inci.

  Keempat-empat barisan baharu iPhone itu dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu terutamanya bagi versi iPhone 12 Pro Max dengan sensor tambahan LiDAR selain menawarkan sokongan rakaman pada kualiti ProRAW.

  Tanda harga untuk iPhone Mini bermula RM3,399, iPhone 12 (bermula RM3,899), iPhone 12 Pro (bermula RM4,899) dan iPhone 12 Pro Max bermula RM5,299.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2020 @ 4:48 PM