PERANTI yang digunakan Stephen Hill. FOTO Agensi
PERANTI yang digunakan Stephen Hill. FOTO Agensi
Agensi

Walsall: Seorang bapa yang terdesak mahu membeli PlayStation 5 (PS5) menghabiskan masa 13 jam di lapan tetingkap pelbagai peranti untuk membeli konsol keluaran Sony itu untuk anaknya.

Stephen Hill dari Englands menggunakan lapan peranti iaitu komputer riba, telefon bimbit, lima iPad dan komputer dengan dua carian dibuka serentak bagi memastikan dia mendapat PS5 untuk anak berusia lapan tahun itu.

Sebaik sahaja pada waktu pelancaran tepat jam 12 tengah malam, mata bapa tiga anak itu 'melekat'pada kaca semua perantinya.

Dia telah menyimpan pautan terus ke puluhan laman web yang menjual konsol itu, termasuk GAME, Amazon dan John Lewis bahkan mengikuti blog langsung BirminghamLive untuk memeriksa stok PS5 idaman ramai itu.

Akhirnya selepas banyak mengklik dan 'segar semula' (refreshing), Stephen berjaya mendapatkan konsol itu pada 1.20 tengah hari.

Lengkap dengan game Spider-Man termasuk penghantaran ia berharga GBP£509 (RM2,764)

Stephen yang dibantu isterinya, Emma juga berjaya mendapatkan Xbox Series X untuk anak autistiknya, Isaac yang berusia enam tahun.

"Permintaan bagi kedua-dua konsol itu sangat tinggi bagaimanapun saya bersemangat untuk mendapatkannya," kata bapa berusia 39 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 2:53 PM