HONOR 20 menawarkan keupayaan kamera. FOTO NSTP
HONOR 20 menawarkan keupayaan kamera. FOTO NSTP
Muhammad Saufi Hassan

PERANTI Honor 20 yang dilancarkan penghujung bulan lalu akan berada di pasaran bermula 21 Jun ini dan peranti berkenaan menawarkan keupayaan kamera dengan tetapan fungsi empat lensa utama di bahagian belakang.

Honor 20 menggunakan pemproses Kirin 980 yang dipadankan bersama memori (RAM) 6GB bagi memastikan peranti berkenaan tidak mempunyai masalah untuk melancarkan sebarang aplikasi termasuk permainan video mudah alih.

Peranti berkenaan menggunakan skrin paparan 6.26 ini dengan rekaan berlubang bagi memaksimumkan kadar paparan serta memberi kepuasan kepada pengguna tanpa ada gangguan.

Kamera utama peranti ini menggunakan empat lensa yang berkeupayaan untuk merakam 48 + 16 + 2 + 2 Megapixel (MP), sekali gus menghasilkan imej yang sangat baik.

Peminat swafoto tidak perlu kecewa kerana peranti ini turut menawarkan kamera swafoto resolusi tinggi iaitu mampu untuk merakam 32 MP supaya pengguna boleh memuat naik sebarang gambar swafoto tanpa perlu pengubahsuaian di laman sosial.

Storan Honor 20 berkapasiti 128GB dan mampu menyimpan gambar atau video dalam kapasiti yang tinggi tanpa perlu memindahkan kepada sistem penyimpanan awanan (cloud) atau kepada peranti lain.

Kapasiti bateri pula sebanyak 3750 mAh yang didatangkan dengan sokongan pengecas SuperCharge 22.5W untuk tempoh pengecasan pantas sesuai untuk pengguna yang tidak mahu menunggu lama ketika mengecas peranti.

Honor 20

• PEMPROSES: Kirin 980

• RAM: 6GB

• STORAN: 128GB

• KAMERA UTAMA: 48 + 16 + 2 + 2MP

• KAMERA SWAFOTO: 32MP

• BATERI: 3750mAh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 10:00 AM