XIAOMI tampil spesifikasi lebih baik.
XIAOMI tampil spesifikasi lebih baik.
Muhammad Saufi Hassan

JENAMA telefon pintar yang semakin meningkat naik, Xiaomi, melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu Mi 9 menggunakan pemproses Snapdragon 855 yang turut dilengkapi memori 6GB RAM.

Peranti terkini syarikat itu juga didatangkan dengan dua pilihan ruang simpanan iaitu storan berkapasiti 64GB dan 128GB bergantung kepada cita rasa pengguna.

Panel paparan pula menggunakan ukuran 6.39 inci AMOLED dengan resolusi definisi penuh FHD+ serta menggunakan rekaan takuk yang diisi dengan lensa 20 megapixel (MP).

Mi 9 ini juga menyokong imbasan cap jari terbina dalam paparan seperti beberapa jenama telefon pintar lain sekali gus memberikan rekaan lebih menarik untuk peranti ini.

Telefon pintar ini mempunyai tiga kamera kombinasi lensa utama iaitu 48MP + 12MP (telefoto) dan 16MP lensa sudut lebar untuk memberikan lebih ruang kepada pengguna.

Peranti ini dilengkapi bateri kapasiti 3,300mAh serta menyokong pengecasan cepat QuickCharge 4.0 selain pengecasan tanpa wayar.

Mi 9 mempunyai dua varian berbeza iaitu memori 6GB dipadankan dengan storan 64GB dan peranti varian itu dijual pada harga sekitar RM1,699.

Bagi varian kelas tinggi, Mi 9 mempunyai memori 6GB serta storan 128GB dan harga bagi peranti ini sekitar RM1,999.

Warna yang ditawarkan pula adalah Piano Black dan Ocean Blue manakala Lavender Violet akan ditawarkan pada tarikh yang tidak didedahkan lagi.

SPESIFIKASI

• Pemproses: Snapdragon 855

• Memori: 6GB

• Storan: 64GB /128GB

• Skrin paparan: 6.39 inci AMOLED

• Kapasiti bateri: 3,300mAh

• Kamera: 48MP + 12MP (telefoto) + 16MP (sudut lebar)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 11:46 AM