VIVO Y17 menggunakan spesifikasi peranti terkini untuk telefon pintar kelas permulaan.
VIVO Y17 menggunakan spesifikasi peranti terkini untuk telefon pintar kelas permulaan.
Muhammad Saufi Hassan


JENAMA telefon pintar Vivo semakin rancak memperkenalkan beberapa barisan produk baru mereka sama ada dalam kelas permulaan, pertengahan dan mercu.

Kini, Vivo memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Vivo Y17 yang dikategorikan dalam kelas permulaan namun menawarkan spesifikasi yang sangat baik untuk tanda harga RM999.

Bagi peranti ini, Vivo menggunakan pemproses MediaTek MT6765 dengan padanan memori (RAM) 4GB bersama storan 128GB.

Penggunaan 4GB untuk peranti ini mampu untuk melaksanakan sebarang aplikasi tanpa masalah sangkut atau sebarang gangguan.

Peranti ini juga menggunakan skrin paparan berkeluasan 6.35 inci dengan kapasiti bateri 5,000mAh bagi penggunaan maksimum kepada pengguna.

Vivo Y17 menggunakan kamera swafoto 20 megapixel (MP) manakala kamera utama dilengkapi tiga lensa iaitu 13MP + 8MP + 2MP.

Vivo Malaysia membuka pratempahan untuk peranti ini sehingga 10 Mei di mana pengguna yang melakukan pratempah menerima lanjutan jaminan tambahan enam bulan, selain sebuah speaker Bluetooth mini percuma.

Vivo Y17

• PEMPROSES: MediaTek MT6765

• RAM: 4GB

• STORAN: 128GB

• BATERI: 5,000mAh

• KAMERA SWAFOTO: 20MP

• KAMERA UTAMA: 13MP + 8MP + 2MP

• HARGA: RM999

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 9:01 AM