PALAM elektrik yang ditarik balik (kiri) dan yang tidak terkesan. FOTO Apple Inc
PALAM elektrik yang ditarik balik (kiri) dan yang tidak terkesan. FOTO Apple Inc
Muhammad Saufi Hassan


APPLE INC mengumumkan untuk menarik kembali palam elektrik yang direka untuk kegunaan United Kingdom (UK), Hong Kong dan Singapura.

Ia berikutan palam elektrik dengan tiga palam itu akan mengalami kerosakan dan berpotensi memberi kesan renjatan elektrik pada skala kecil apabila disentuh oleh pengguna.

Palam elektrik yang didapati terkesan ialah palam yang disertakan bersama Mac dan sejumlah peranti iOS bermula dari 2003 hingga 2010.

Apple juga menyatakan bahawa palam elektrik yang diberikan bersama Apple World Travel Adapter Kit mengalami isu yang sama iaitu renjatan elektrik.

Walaupun ia berlaku pada skala kecil, namun Apple mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan perkara tidak diingini yang boleh memberikan reputasi buruk kepadanya.

Untuk memudahkan anda mengenal pastinya, palam elektrik yang terkesan ialah palam berwarna putih tanpa sebarang tulisan atau perkataan.

Palam yang tidak terkesan ialah palam yang mempunyai bahagian luaran berwarna kelabu. Bagaimanapun, program penarikan semula ini tidak membabitkan pengecas USB seperti yang dibekalkan di dalam kotak iPhone atau iPad.

Apple memandang serius kepada perkara ini selepas melihat sejumlah kejadian kerosakan yang membabitkan palam elektrik ini.

Mereka sangat mementingkan keselamatan pengguna dan ingin menggantikan palam elektrik yang terkesan supaya pengguna peranti jenama itu sentiasa dalam keadaan selamat.

Keterangan gambar

PALAM elektrik yang ditarik semula daripada pasaran

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 5:59 PM