APPLE Watch Series 6 padanan terbaik pemakai mahu kekal cergas serta utamakan penampilan.
APPLE Watch Series 6 padanan terbaik pemakai mahu kekal cergas serta utamakan penampilan.
Muhammad Saufi Hassan


MUSIM cuti seharusnya diisi dengan pelbagai aktiviti riadah yang berfaedah biarpun ketika pandemik Covid-19 melanda dunia ketika ini.

Riadah tidak semestinya perlu berada di luar rumah malah aktiviti kecergasan boleh dilakukan di dalam rumah menggunakan peralatan asas di samping jurulatih pintar.

Peranti boleh pakai, Apple Watch Series 6 adalah padanan terbaik untuk pemakai yang mahu kekal cergas serta mengutamakan penampilan.

Apple Watch ini juga boleh berperanan sebagai pembantu peribadi untuk memberi peringatan kepada pengguna berhubung aktiviti harian serta temu janji yang perlu dihadiri.

Minggu ini, #ITMetro akan menyenaraikan beberapa kefungsian yang sangat berguna sekali gus menjadikan peranti perlu beli untuk tahun ini.

Capai objektif harian

Apple Watch Series 6 sememangnya dilengkapi dengan pelbagai kefungsian terutamanya membabitkan kecergasan dan untuk itu, pengguna boleh menetapkan objektif kecergasan setiap hari.

Contohnya, pengguna mahu berjalan lebih 5,000 langkah sehari dan Apple Watch ini akan mengingatkan anda untuk mencapai objektif itu.

Tidak cukup itu, peranti boleh pakai ini juga mendorong pengguna untuk memenuhi objektif yang sudah ditetapkan dengan motivasi.

JAM pintar keluaran Apple iaitu Apple Watch Series 6 menjadi pilihan pengguna kerana memiliki kefungsian menyeluruh bermula daripada pembantu pintar sehingga kepada jurulatih kecergasan pintar.
JAM pintar keluaran Apple iaitu Apple Watch Series 6 menjadi pilihan pengguna kerana memiliki kefungsian menyeluruh bermula daripada pembantu pintar sehingga kepada jurulatih kecergasan pintar.

Notifikasi basuh tangan selama 20 saat

Ya, Apple Watch Series 6 ini dilengkapi dengan sensor khusus yang membolehkan ia mengesan bahawa pengguna sedang membasuh tangan.

Malah, peranti boleh pakai ini akan menetapkan kadar masa 20 saat untuk membasuh tangan secara optimum bagi menyingkirkan bakteria atau kuman yang berada di tangan.

Membasuh tangan juga mampu untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 supaya sentiasa dalam keadaan bersih.

Jika pengguna membasuh tangan dengan cepat, notifikasi akan dihantar menerusi peranti boleh pakai berkenaan untuk mengingatkan pengguna supaya membasuh dalam tempoh masa lebih lama.

Pemantau waktu tidur

Tidur adalah waktu rehat dan bagaimana pengguna boleh mengukur tahap rehat mereka sepanjang minggu.

Menerusi Apple Watch Series 6, ia dilengkapi dengan mod waktu tidur dan pengguna boleh menetapkan waktu tidur rutin mereka ketika hari bekerja.

Mod berkenaan akan merekodkan corak tidur pengguna setiap hari dan membolehkan pengguna mencapai objektif jam tidur untuk setiap minggu.

Menjaga deria pendengaran

Pada waktu kini, mungkin pengguna tidak pergi ke konsert atau persembahan band namun lebih tertumpu kepada peranti pendengaran seperti fon telinga atau fon kepala.

Peranti boleh pakai ini akan memberi notifikasi kepada pengguna jika jumlah bunyi yang dipasang menerusi peranti telinga melebihi skala selamat.

Ia secara tidak langsung memberi peringatan kepada pengguna untuk memperlahankan kepada skala bunyi lebih selamat.

Mod kecergasan

Apple Watch Series 6 adalah peranti boleh pakai paling banyak kefungsian mod kecergasan untuk pengguna.

Bermula daripada aktiviti berbasikal di dalam rumah sehingga kepada memanjat gunung atau aktiviti lasak yang lain.

Pengguna boleh menetapkan sebarang mod berkenaan dan memulakan aktiviti harian supaya kekal cergas walaupun hanya duduk di dalam rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2021 @ 6:10 AM