Berikutan kejayaan penjualan Honor 6X pada harga menarik setanding dengan spesifikasinya, Honor sekali lagi tampil dengan model terbaru, Honor 7X.

Ia mempunyai badan logam berukuran 156.5 x 75.3 x 7.6 mm dan seberat 165 gram. Skrinnya pula seluas 5.93 inci bersama paparan HD penuh dan resolusi 2160 x 1080 piksel.

Honor 7X dikuasakan oleh pemprosesan octa-core dan sistem operasi Android 7.0.

Kamera depan peranti ini cukup cantik untuk merakam selfie pada 8MP, manakala kamera belakang dengan 16MP sudah memadai untuk rakaman foto yang menakjubkan.

Ia hadir dengan RAM 4GB dan storan 32GB. Honor 7X boleh didapatkan dalam dua warna berbeza iaitu hitam dan biru matte.

SPESIFIKASI:

HONOR 7X

Pemprosesan: Octa-core

OS: Android 7.0

RAM: 4GB

Storan: 32GB

Skrin: 5.93”

Paparan: HD Penuh

Resolusi: 2160 x 1080 piksel

Kamera: 16MP, 8MP (depan)

Bateri: 3,340mAh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 1:40 PM