Desktop AIO semua tugasan
Desktop AIO semua tugasan
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Desktop semua dalam satu yang boleh melancarkan pelbagai tugasan bermula rutin harian sehingga kepada operasi kompleks.

  MSI memperkenalkan desktop semua dalam satu (AIO) daripada siri Pro 24X 10M yang dikuasakan dengan pemproses Intel Comet Lake bersama-sama padanan memori (RAM) sokongan sehingga 32GB.

  Pengguna juga boleh melakukan pemilihan tetapan spesifikasi menerusi pemproses yang ditawarkan adalah Intel Core i3-10110U, i5-10210U dan i7-10510U mengikut kepenggunaan pengguna.

  Sistem storan pula boleh menggunakan 2.5 inci SATA III atau M.2 SSD dan desktop semua dalam satu ini didatangkan dengan Intel UHD grafik untuk tugasan kompleks.

  Skrin bersaiz 23.8 inci dengan panel IPS LED Backlight bersama-sama teknologi MSI 'Anti flicker'.

  Ia juga sesuai untuk pengguna yang mementingkan reka ruang kecil sesuai di dalam bilik.

  Desktop semua dalam satu ini juga dilengkapi dengan paparan Definisi Penuh (FHD) dengan resolusi 1920x1080 bersama sudut pandangan 178 darjah.

  Perkakas untuk desktop ini juga mempunyai teknologi penyejukan yang lebih senyap sekali gus tidak akan mengganggu pengguna untuk melakukan sebarang tugasan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 10:56 PM