SETIAP kata-kata ibu bapa yang diucapkan kepada anak itu adalah satu doa. GAMBAR hiasan
SETIAP kata-kata ibu bapa yang diucapkan kepada anak itu adalah satu doa. GAMBAR hiasan

SERING tanpa sedar, ibu bapa merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung terutama apabila berasa resah mengenai masalah tingkah laku dan pembelajaran mereka.

Luahan atau ungkapan itu sebenarnya akan menyuburkan lagi sikap negatif yang ada dalam diri anak.

Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak dan tentunya apabila sentiasa diulang, ia menyebabkan mereka percaya itu saja kemampuan diri mereka.

Setiap ibu bapa perlu sedar, apa saja perkataan yang diucapkan kepada anak itu adalah satu doa. Carilah kebaikan dalam diri anak walaupun kecil dan luahkan dengan kerap terutama di depan orang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 6:00 AM