KOLEKSI terbaru kasut Bata.
KOLEKSI terbaru kasut Bata.
Siti Nadirah Hafidzin

Selain busana, pemilihan kasut yang tepat bukan saja memberikan keyakinan luar biasa kepada pemakai malah ia mampu menceriakan emosi walaupun ketika melalui rutin harian padat.

Bagi menambah pilihan kepada peminatnya, Bata Malaysia melancarkan koleksi terbaru Bata B-FLex yang direka penuh kelainan.

Elegan, fleksibel, kestabilan, terkini dan cantik menjadi antara elemen yang dititikberatkan dalam penghasilan koleksi terbaru ini.

Kasut B-Flex sangat stabil, fleksibel, selesa dan memaparkan reka bentuk kasut terkini.

SELESA dan terkini.
SELESA dan terkini.

Pengurus Jenama Global Bata Marcos C·novas berkata, matlamat pihaknya adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan moden dengan menawarkan kasut terbaik dan selesa yang boleh dipakai setiap hari dalam apa juga keadaan.

Koleksi Bata B-Flex secara rasminya akan dijual bermula Oktober ini di cawangan Bata terpilih seluruh negara.

Koleksi kasut lelaki dijual pada RM269 hingga RM299 sementara sepatu wanita pada RM199 hingga RM259.

Maklumat lanjut berkenaan koleksi Bata boleh didapati dengan melayari laman Facebook (Bata Home) atau Instagram @batamalaysia

MEMBERI kelainan kepada pemakai.
MEMBERI kelainan kepada pemakai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 6:46 AM